Assalamualaikum dan salam perpaduan, BELIA merupakan aset negara yang paling bernilai kerana mereka merupakan pewaris kepimpinan pertiwi. Sesebuah negara itu akan teguh dan kuat sekiranya golongan belianya juga teguh dan kuat. Sejajar dengan itu, golongan muda di cawangan Kampung Bukit Temiang ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Belia 4B agar golongan belia ini dapat dipimpin dan dididik untuk menuju satu puncak hidup yang positif diarena global yang sekarang ini semakin mencabar. Belia seharusnya diberi kepercayaan untuk memimpin kerana ianya dapat mematangkan pemikiran mereka disamping membentuk jati diri dan modal insan yang berguna kepada masyarakat. Saya berasa amat berbangga diatas komitmen yang telah diberi oleh ahli-ahli belia di Cawangan Kampung Bukit Temiang ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Seharusnya momentum yang sedia ada ini harus diteruskan lagi bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka seterusnya dapat melahirkan generasi belia yang komited dan sentiasa maju kehadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu juga dengan adanya sokongan dari kepimpinan diperingkat cawangan, JKKK, DUN dan Negeri, agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat dapat menyakinkan lagi golongan belia bahawa suara dan hasrat mereka agar didengar dan diperlukan bagi mencapai hal tuju negara mencapai Wawasan 2020. Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Gotong-Royong Gelangang Futsal

Gotong-royong ini dijalankan bertujuan membersihkan padang futsal yang bersemak-samun sehingga menyemakkan mate orang kampung yang memandang selain dapat mengeratkan tali silaturahim yang terjalin dikalangan penduduk kampung. Gotong-royong ini dijalankan pada tarikh 7 disember 2010 bersamaan dengan 1 muharram 1432 hijrah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir sebelum matehari terbenam. Terima kasih kepada penduduk kampung yang bersama-sama menjayakan gotong royong ini, tanpa bantuan anda semua, kami tidak dapat menjayakan aktiviti ini.... huhhuhuuh... Di sertakan sekali gambar-gambar penduduk kampung yang nak interframe... hehehe




















No comments:

Post a Comment