Assalamualaikum dan salam perpaduan, BELIA merupakan aset negara yang paling bernilai kerana mereka merupakan pewaris kepimpinan pertiwi. Sesebuah negara itu akan teguh dan kuat sekiranya golongan belianya juga teguh dan kuat. Sejajar dengan itu, golongan muda di cawangan Kampung Bukit Temiang ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Belia 4B agar golongan belia ini dapat dipimpin dan dididik untuk menuju satu puncak hidup yang positif diarena global yang sekarang ini semakin mencabar. Belia seharusnya diberi kepercayaan untuk memimpin kerana ianya dapat mematangkan pemikiran mereka disamping membentuk jati diri dan modal insan yang berguna kepada masyarakat. Saya berasa amat berbangga diatas komitmen yang telah diberi oleh ahli-ahli belia di Cawangan Kampung Bukit Temiang ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Seharusnya momentum yang sedia ada ini harus diteruskan lagi bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka seterusnya dapat melahirkan generasi belia yang komited dan sentiasa maju kehadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu juga dengan adanya sokongan dari kepimpinan diperingkat cawangan, JKKK, DUN dan Negeri, agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat dapat menyakinkan lagi golongan belia bahawa suara dan hasrat mereka agar didengar dan diperlukan bagi mencapai hal tuju negara mencapai Wawasan 2020. Sekian.

Monday, December 20, 2010

Futsal Muhibbah 2010 anjuran Belia 4B Kg. Bukit Temiang


Futsal Muhibbah 2010

Tarikh :
18 - 19 Dec 2010

Venue :
Gelanggang Serbaguna Kampung Bukit Temiang


Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang


Acara senamrobik bagi sesi pemanas badan
dikendalikan oleh jurulatih yang
berpengalaman




Pasukan yang menyertai pertandingan
berbincang tentang strategi permainan
masing-masing




Aksi-aksi para peserta semasa acara dijalankan


Juara-juara pertandingan dan barisan urusetia
yang terlibat dalam menjayakan program
Futsal Muhibbah 2010 anjuran GB4B Kg. Bukit Temiang


No comments:

Post a Comment