Assalamualaikum dan salam perpaduan, BELIA merupakan aset negara yang paling bernilai kerana mereka merupakan pewaris kepimpinan pertiwi. Sesebuah negara itu akan teguh dan kuat sekiranya golongan belianya juga teguh dan kuat. Sejajar dengan itu, golongan muda di cawangan Kampung Bukit Temiang ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Belia 4B agar golongan belia ini dapat dipimpin dan dididik untuk menuju satu puncak hidup yang positif diarena global yang sekarang ini semakin mencabar. Belia seharusnya diberi kepercayaan untuk memimpin kerana ianya dapat mematangkan pemikiran mereka disamping membentuk jati diri dan modal insan yang berguna kepada masyarakat. Saya berasa amat berbangga diatas komitmen yang telah diberi oleh ahli-ahli belia di Cawangan Kampung Bukit Temiang ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Seharusnya momentum yang sedia ada ini harus diteruskan lagi bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka seterusnya dapat melahirkan generasi belia yang komited dan sentiasa maju kehadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu juga dengan adanya sokongan dari kepimpinan diperingkat cawangan, JKKK, DUN dan Negeri, agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat dapat menyakinkan lagi golongan belia bahawa suara dan hasrat mereka agar didengar dan diperlukan bagi mencapai hal tuju negara mencapai Wawasan 2020. Sekian.

Thursday, January 14, 2010

Ikrar & Lagu Belia

IKRAR RASMI 4B MALAYSIA


Bahawa saya berikrar

BERSATU
Untuk mempertahankan
Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara

BELAJAR
Untuk memperolehi
Ilmu yang berguna

BEKERJA
Untuk penghidupan
Yang sempurna

BERKHIDMAT
Untuk Gerakan 4B
Agama, Bangsa dan Negara


LAGU RASMI 4B MALAYSIA

Bersatu untuk mempertahankan
Negara kita
Berdaulat dan merdeka
Belajar ilmu rohani dan jasmani
Penting dan amat berguna

Bekerja ke arah penghidupan
Yang sempurna
Berkhidmat untuk Gerakan 4B
Masyarakat dan Negara

Bendera kita berkibar-kiba
Sungguh megah di angkasa
Lambang gerakan gagah perkasa
Jadi panduan kita

Cogan Bersatu, Belajar, Bekerja
Dan Berkhidmat
Bergerak seruannya
Marilah bersama menjalankan ikrar
Untuk Negara Malaysia

Senikata oleh: Siti Mohd Yusof
Lagu oleh: Johari Salleh (Josal)

No comments:

Post a Comment