Assalamualaikum dan salam perpaduan, BELIA merupakan aset negara yang paling bernilai kerana mereka merupakan pewaris kepimpinan pertiwi. Sesebuah negara itu akan teguh dan kuat sekiranya golongan belianya juga teguh dan kuat. Sejajar dengan itu, golongan muda di cawangan Kampung Bukit Temiang ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Belia 4B agar golongan belia ini dapat dipimpin dan dididik untuk menuju satu puncak hidup yang positif diarena global yang sekarang ini semakin mencabar. Belia seharusnya diberi kepercayaan untuk memimpin kerana ianya dapat mematangkan pemikiran mereka disamping membentuk jati diri dan modal insan yang berguna kepada masyarakat. Saya berasa amat berbangga diatas komitmen yang telah diberi oleh ahli-ahli belia di Cawangan Kampung Bukit Temiang ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Seharusnya momentum yang sedia ada ini harus diteruskan lagi bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka seterusnya dapat melahirkan generasi belia yang komited dan sentiasa maju kehadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu juga dengan adanya sokongan dari kepimpinan diperingkat cawangan, JKKK, DUN dan Negeri, agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat dapat menyakinkan lagi golongan belia bahawa suara dan hasrat mereka agar didengar dan diperlukan bagi mencapai hal tuju negara mencapai Wawasan 2020. Sekian.

Tuesday, March 1, 2011

Himpunan SEJUTA BELIA @ Putrajaya 2011



Venue
Putrajaya

Tarikh
15 Mei 2011 (Hari Belia Negara)
27 - 29 Mei 2011 (Himpunan Sejuta Belia)

Thursday, January 20, 2011

Perusahaan Ternakan Kolam Ikan Tilapia Merah


Ternakan ikan tilapia merah ini adalah hasil usahasama Gerakan Belia 4B Kg Bukit Temiang dengan En. Mohd Faiz Bin Mohd Razali bagi meningkatkan ekonomi penduduk kampung dan dapat memberi faedah dan manfaat kepada para belia agar tidak menghabiskan masa kepada perkara yang tidak berfaedah.





Untuk tempahan dan urusan jualbeli sila hubungi :
En. Mohd Faiz - 0196677460